Sunday, July 26, 2015

IKLANKAN PRODUK KORANG, PROMOSI SAMPAI LEBAM

Tips buat iklan berkesan.  (Online)

Untuk berniaga, satu perkara  sangat penting anda perlu pegang adalah penting untuk pasarkan produk atau servis anda, Proses pengeluaran (manufacturing) barang itu penting, pemasaran (marketing) barangan atau produk atau servis anda adalah 10 kali lebih penting. Sudah tentunya pengiklanan adalah alat bantuan pemasaran yang berkesan.

Tanpa iklan, tiada siapa yang tahu dan kenal siapa anda, barangan anda, maka adalah sangat , penting untuk untuk anda beritahu tahu kepada semua orang. Beri tahu dan terus beritahu. Siapa anda, Apa anda buat, Apa anda jual, Apa nilai barang atau servis anda sehingga orang perlu “pandang” anda.
Jadi disini ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan di sini mengenai tips iklan yang berkesan, ringkas, mampat dan padat. (Iklan online)

1. Kurangkan tulis/promosi syarikat berbanding pelanggan, orang yang baca takkan kisah pun apa kelebihan bila kita tulis berates berjela-jela tawaran produk yang kita nak jual. Mereka takkan kisah, melainkan jika iklan kita ada kaitan dengan kepentingan mereka.
Contoh . Produk Air AJAIB menawarkan:

- Cegah keletihan.
- Membuang toksik dalam darah
- Mengawal aras gula yang tinggi dalam badan
- Mengurang risiko sakit jantung.

Iklan di atas tidak salah, tetapi ia akan kelihatan SAMA dengan produk lain, yang menAwarkan seribu kelebihan, akhirnya pelanggan akan terus scroll fb iklan kita ke bawah. Sebab mereka lihat sama sahaja. Tiada beza dengan iklan yang lain

2. Pastikan Headline (tajuk) kita rare, dan sensasi.
Untuk tajuk dan pendahuluan, pastikan ia sensai dan menarik minat pelanggan, kalau kita buat berita, jika kita letakkan tajuk “seorang lelaki digigit anjing,” itu biasa sahaja, tetapi jika ada tajuk “Seekor anjing digigit seorang lelaki”, itu baru  berita rare dan sensasi, begitulah perumpamaannya.
PEMBACA  MEMBACA IKLAN MELALUI TAJUK, DAN PERENGGAN PERTAMA SAHAJA. MEREKA TIDAK BACA IKLAN ANDA SAMPAI HABIS, PERCAYALAH.

3. Headline (Tajuk) juga mesti menarik minat sasaran pembeli.
Contoh jika kita jual produk pencegahan kencing manis, pastikan permulaan iklan anda menarik dan “dekat” dengan emosi sasaran pembeli:
Contohnya: “Murung sebab ada sakit kencing manis?”, “ penyakit kencing manis anda baru dikesan dokter?”

4. Tingkatkan rasa ingin tahu pembeli, 
Bila STEP UNTUK MENANGKAP EMOSI  berjaya, baru buka sikit pasal produk, gunakanlah ayat yang ringkas tanpa penerangan panjang lebar. Tambahkan juga kelebihan lain yang dekat dengan kebiasaan kehendak pengguna seperti pulangan untuk perbelanjaan mereka (berbaloi atau tidak), kualiti barang, dan seumpama dengannya.:

5. Pastikan pelanggan bertindak, penting untuk anda  buat closing dengan meletakkan contact anda, bermula dengan nama anda disertakan dengan fb, wasap, dan juga no telefon anda.

Nota tambahan:

1. Jangan menipu dalam memberikan maklumat produk anda.
2. Ayat yang terlalu formal dan skema akan mengurangkan daya tarikan iklan anda. Cuba tengok produk yang tengah naik sekarang, macam qu puteh, d herbs, ayat derang mana ada skema.
3. Tidak perlu pecahkan kepala otak untuk buat ayat terlalu bombastic, yang penting dalam iklan online ini adalah konsisten buat iklan, walaupun iklan itu ayat biasa dan Nampak macam berulang, pesanan orang yang telah berjaya dalam bisnes, teruskan buat iklan, “six, until stick”, buat iklan enam kali (maksudnya berulang dan banyak kali, sampai maklumat yang ingin disampaikan itu melekat ke otak pembaca).
4. Membuat perbandingan ringkas melalui contoh dan situasi juga merupakan satu kaedah pengiklanan yang bijak.( Contohnya bandingkan orang yang ada perlindungan takaful dengan orang tak buat langsung takaful. Bandingkan apabila situasi mereka berdua apabila menghadapi kemalangan.)

Itu sahaja perkongsian tips untuk buat iklan secara online, boleh aplikasi melalui penulisan di Fb, Wasap, Insta, atau mana-mana ruang maya yang lain. Pastikan iklan korang rare, sebab korang sekarang akan bersaing dengan berjuta produk lain, dalam ruangan yang sama.
 Selamat mencuba!.

Penyakit dan penawarnya mengikut Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca. Setiap penyakit ada penawarnya. Bagi saya ape yang saya kongsikan ni bukan sekadar penawar tapi juga ingatan untuk kita semua.

Saturday, July 25, 2015

Penyokong Manchester Utd "Menganjing" Penyokong Liverpool FC Ketika Perlawanan Malaysia XI menentang Liverpool

24 July 2015. Dirakam melalui kamera "Amatur", penyokong Manchester Utd tersebut dirakam menari-nari di hadapan ribuan penyokong Liverpool FC di stadium Bukit Jalil malam tadi dengan menggayakan jersey kelab gergasi Bola Sepak Inggeris Manchester Utd. Namun begitu, tiada kejadian pergaduhan dilaporkan. Liverpool bertandang ke Stadium Bukit Jalil bagi perlawanan persahabatan dengan pilihan Malaysia (Malaysia XI), perlawanan  berakhir dengan keputusan
 seri 1-1. 




Thursday, July 23, 2015

Penjelajahan Romantik Pasangan Ini Menjadi Viral di Media Sosial

Video berdurasi 3.33 minit ini memaparkan penjelajahan romantik pasangan ini ke serata dunia secara backpacking.

10 Tempat Wajib Sampai Sebelum Mati



"Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did do,” Mark Twain once mused" -Mark Twain-


Hidup ini umpama sebuah buku. Sesiapa yang tidak mengembara, umpama membaca muka hadapan buku sahaja. Di sini aku senaraikan TOP TEN (10) tempat-tempat yang wajib korang lawati sebelum mati.

10. The Grand Canyon




The Grand Canyon merupakan "The Greatest Natural Wonder" terletak di Arizona, US. Di kawasan ini terdapat sungai mengalir sepanjang 277 batu, lebarnya mencecah 18 batu dan kedalaman sungai kira-kira 1 batu. Sesiapa yang tak reti berenang tu, jangan berhajat la nak bermandi manda dalam sungai ni. Kawasan ini sangat popular untuk aktiviti-aktiviti luar seperti Trekking, ATV dan sebagainya. Tapi korang kene tahu, ramai juga pengunjung sesat di kawasan ni. Sesiapa yang pernah menonton Movie "127 Hours" pastinya insaf untuk tidak menjalankan aktiviti trekking di Grand Canyon secara berseorangan.

9. Angkor Wat




Angkor Wat merupakan tarikan terbesar di Siem Reap, Cambodia. Apakah sebenarnya Angkor Wat ini? Sebenarnya Angkor Wat merupakan kompleks kuil dan monumen keagamaan yang terbesar di dunia. Pada awal pembinaanya, Angkor Wat adalah Kuil Hindu ketika empayar Khmer. Akan tetapi, secara perlahan bertukar kepada kuil Buddha pada abad ke 12. Kini, Angkor Wat tidak lagi digunakan sebagai tempat untuk beribadah bagi orang Buddha, ia telah sepenuhnya bertukar kepada tarikan pelancong dan juga diisytiharkan sebagai "UNESCO World Heritage"

8. Petra, Jordan



Petra merupakan salah satu UNESCO World Heritage Site yang terletak di Jordan. Petra telah diukir pada 2000 tahun dahulu oleh puak nomad berbangsa Arab yang digelar Nabataens. 

7. Iguazu Falls


Air Terjun Iguazu ini merupakan tarikan pelancong yang sangat terkenal di Taman Negara Iguazu, Argentina. Air terjun ini dikongsi oleh Brazil dan Argentina. Terdapat dua lapangan terbang berdekatan iaitu Lapangan Terbang Cataratas del Iguazú International Airport dan Brazilian Foz do Iguaçu International Airport. Iguazu Falls ini boleh masuk melalui dua bandar iaitu Bandar Puerto Iguazu di Argentina dan Foz Do Iguacu di Brazil.

6. Quintana Roo, Mexico (Chicen Itza)


Piramid berumur 1500 tahun ini terletak 75km dari Bandar Merida. Walaupun tidak sepopular Piramid Giza di egypt, akan tetapi ia mempunyai tarikan dan sejarahnya tersendiri yang unik. Tarikan utama di kawasan Mayan Site Heritage ini adalah El-Castillo, piramid seluas 78 kaki dan merangkumi 91 anak tangga. Pada musim panas, pengunjung dinasihatkan untuk melawat kawasan ini pada awal pagi atau waktu petang dek kerana cuacanya yang panas terik.

5. Piramid Giza, Mesir


Sepertimana Stonehenge di UK, pembinaan Piramid Giza juga diselubungi misteri yang tidak dpt dijawab sepenuhnya. Ini kerana pembinaannya dijalankan ketika teknologi manusia baru sahaja di peringkat akar umbi. Piramid Giza telah dibina pada 2560 sebelum masihi.

4. Galapagos Island, Amerika Selatan




Merupakan tarikan terkenal di Amerika Selatan, kawasan ini kali pertama di jejaki oleh Charles Darwin pada tahun 1835. Dahulu pernah menjadi markas lanun dan penjara, kini Galapagos Island sangat terkenal dikalangan pelancong kerana keindahan muka bumi, flora dan fauna ditawarkan di pulau ini. Terdapat pelbagai spesis haiwan rare disini seperti Galapagos Giant Tortoise dan Marine Iguana.

3. Machu Pichu, Peru


Terletak 8000 kaki dari aras laut, berumur mencecah 500 tahun, Machu Pichu pada awalnya merupakan kampung halaman kepada puak Incas. Terdapat dua cara untuk sampai ke Machu Pichu sama ada menaiki kereta api ataupun "hiking". Kalau anda rasa "adventurous", semestinya mendaki lebih berbaloi setelah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk sampai ke Peru.

2. Tembok Besar Cina, Beijing


Beribu-ribu batu panjangnya, merentasi 156 negeri, sebanyak 7062 buah "Watching Tower", Tembok Besar Cina merupakan tembok terpanjang didunia yang pernah dibina. Pembinaanya bermula 2000 tahun dahulu bagi menghalang kemaraan tentera penceroboh dari utara. Demi mempertahankan negara, pembinaan tembok ini telah membunuh ribuan pekerja buruh paksa pada zaman itu.

1. Masjidil Haram, Arab Saudi


Masjidil Haram bukanlah kawasan pelancongan akan tetapi tempat beribadah bagi umat islam seluruh dunia. Setiap umat islam pastinya menanam cita-cita untuk melihat Kaabah iaitu kiblat umat Islam seantero dunia. Masjid ini merupakan tujuan utama dalam ibadah haji. Masjid ini dibangun mengelilingi kaabah dan juga merupakan masjid terbesar di dunia. 




Seronok belum tentu bahagia. Bahagia itu menyeronokkan.

Seronok belum tentu bahagia. Bahagia itu menyeronokkan.


Bahagia itu adalah satu rasa yang bila kita dapat, kita akan rasa tenang, memang susah untuk ditulis, perasaan itu datang, dan ia adalah rasa, sukar diekspresikan dalam tulisan, dan bahagia itu sendiri subjektif.

Kita sering cakap pasal bahagia, bahagia hingga ke anak cucu, bahagia dunia dan akhirat. hospital bahagia, tahukah kita makna  hakikat bahagia itu.

Usaha ke arah bahagia, bagaimana?

Salah satu usaha dan ikhtriar kita adalah dengan cuab mengawal nafsu atau kehendak kita, sebab bila kita turuti nafsu kita yang jahat, sampai bila kita tidak akan puas ataupun bebas, kita masih terikat, masih dibelenggu, sudah tentu tidak bahagia.

Jangan ingat kita dapat buat apa yang kita nak, kita dapat dengan semua yang kita nak, kita sudah bebas, belum lagi kawan-kawan.

Hakikat manusia ini adalah "dimiliki", mana mungkin hamba yang hina ini "memiliki".

Pandangan ustaz-ustaz mengenai Bahagia

Aku selalu dengar ustaz Abdullah Khairi ceramah, dia ada sebut bila kita redha, kita akan bahagia, betul la tu, kita kurang merungut dengan apa yang kita dapat. kita syukur, kita redha, itulah bahagia.

Dalam buku Hamka (Tasauf Moden) aku ada baca sikit, bila kita dapat kawal nafsu dan rasa marah kita dengan bijak, di situlah kita akan jumpa kebahagiaan.

Dimana letaknya bahagia itu?

Jawapannya adalah dari dalam hati kita.

Satu ceramah lain (Dato Ismail Kamus, Kebahagiaan Hidup) untuk hidupkan hati, bagi makanan pada hati ini, mesti ada tiga perkara iaitu Ilmu, Amal Ibadat, dan Tafakkur(berfikir dan menghayati beberapa perkara seperti dosa kita, amalan kita, nikmat Allah dan sebagainya.

Itu sahaja perkongsian post pada petang 7 Syawal 1436 Hirah ini.  lepas ini banyak lagi post menarik bakal menyusul..

Wednesday, July 22, 2015

Teka nama haiwan

Dalam kemajuan teknologi kini. Tidak dinafikan ilmu mudah diperoleh. Namun banyak yang lupa perkara asas. Oleh sebab tu aku bagi korang teka ape nama haiwan dalam gambar ni. Saja aku tutup.mata die bagi korang susah nak teka.