Wednesday, July 22, 2015

Gadis Melayu di Pulau Jeju, Korea.



Baru-baru ini aku terjumpa segmen ucapan "Salam Hari Raya Dari Perantauan" di New Sunday Times. Antaranya ialah ucapan dari seorang gadis Melayu yang menetap di Pulau Jeju, terletak di Selatan Korea. Aku berjaya menghubungi gadis kecil dari Johor Bahru ini melalui akaun Facebook beliau, Sakinah Omar. Nama penuh cik adik ni ialah Adi Sakinah Bte Omar berumur 25 tahun. Beliau merupakan SATU-SATUNYA rakyat Malaysia yang menetap di Pulau Jeju, Korea. Sebenarnya, Adi Sakinah ni seorang pelajar di Jeju National University dalam bidang Master in Fine Art. Beliau memulakan pengajian di Jeju pada awal tahun 2014 setelah mendapat biasiswa dari Jeju National University. Wah! Hebatnya dapat tajaan dari Universiti di Korea. Bila ditanya bagaimana cara mendapatkan biasiswa tersebut. Jawapan Adi Sakinah ialah, semuanya rezeki dari Allah. Jangan tak percaya kerana dia hanya "Walk-In" sahaja ke pejabat pensyarah dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajian di Jeju National Uni. Seakan tidak percaya, Pensyarah tersebut terus menawarkan biasiswa kepadanya sebaik melihat Portfolio lukisan yang ditunjukkan oleh Adi Sakinah. Namun begitu, biasiswa yang ditawarkan hanyalah yuran pengajian sahaja. Oleh itu, beliau berusaha sendiri untuk menanggung kos sara hidup beliau di sana dengan melakukan beberapa pekerjaan. Sungguh kental semangat gadis kecil dari Johor Bahru ini. Demi menyara hidupnya di sana, beliau menjadi "private tutor" Bahasa Inggeris kepada warga tempatan dan juga pemandu pelancong. Sebenarnya, ramai rakyat Malaysia yang mengunjugi Pulau Jeju mendapatkan perkhidmatan beliau sebagai pemandu pelancong. Katanya, di Jeju tidak seperti Seoul atau Busan terutama sekali dari segi pengangkutan kerana di Jeju tanpa kereta amat sukar untuk bergerak malah Pulau Jeju adalah tiga kali ganda lebih besar daripada Seoul. Tambah beliau, makanan halal dan masalah bahasa juga menambah kesukaran untuk pelancong Malaysia berkunjung ke Pulau Jeju. Sekiranya anda berminat untuk bercuti di Pulau Jeju, anda boleh menghubungi Adi Sakinah melalui akaun Instagram beliau Kina.Omar ataupun Facebook page Jeju Muslim Travel.







Adi Sakinah bersama abang-abang KPOP dari Malaysia pada musim sejuk 2014




Group dari UTM  Jeju National Uni pada musim bunga 2015

Walaupun hidup tanpa komuniti Malaysia, Adi Sakinah masih ditemani oleh sebahagian komuniti kecil umat Islam di sana. Terdapat lebih kurang 20 umat Islam yang menetap di Pulau Jeju terdiri daripada warganegara Pakistan, Bangladesh dan Egypt. Antara aktiviti yang dilakukan pada setiap bulan Ramadhan ialah Iftar beramai-ramai. Setiap hari, komuniti ini akan berkumpul sebelum berbuka dan bersama-sama menyediakan juadah berbuka puasa. Solat sunat Tarawih berjemaah juga diadakan di pusat komuniti islam. Sambutan Hari Raya diadakan secara kecil-kecilan selepas solat sunat aidilfitri. Walaupun sederhana, tetapi meriah kerana terdapat pebagai juadah masakan dari Pakistan, Bangladesh, Egypt dan Malaysia.




Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 di Jeju National Uni.


Selain itu, Adi Sakinah juga menceritakan pengalaman ketika dia kali pertama menjejakkan kaki di Pulau Jeju. Perkara yang paling dirisaukan ialah, masalah bahasa. Ini kerana majoriti rakyat Korea tidak mampu  berkomunikasi dalam berbahasa Inggeris. Oleh itu, Adi Sakinah mengambil  kursus bahasa korea selama 6 bulan sebelum memulakan pengajian beliau dalam bidang Master. Beliau juga menceritakan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di sekitar Pulau Jeju yang terkenal dengan bentuk muka bumi yang unik dan tersendiri. Sudah tentu Pulau Jeju ini agak terkenal dikalangan rakyat Malaysia yang meminati drama-drama Korea kerana lokasi-lokasi di sana menjadi tumpuan para pembikin filem tempatan dan luar negara. Amat bertuahlah Cik Adi Sakinah kerana dapat melanjutkan pelajaran beliau di sana. 


Pemandangan Seopjikoji di Pulau Jeju yang popularkan melalui drama Korea All-In


Pemandangan Gunung Hallasan pada musim sejuk


Pemandangan musim bunga di Pulau Jeju


Pemandangan Seongsan Ichulbong

No comments:

Post a Comment