Sunday, July 26, 2015

IKLANKAN PRODUK KORANG, PROMOSI SAMPAI LEBAM

Tips buat iklan berkesan.  (Online)

Untuk berniaga, satu perkara  sangat penting anda perlu pegang adalah penting untuk pasarkan produk atau servis anda, Proses pengeluaran (manufacturing) barang itu penting, pemasaran (marketing) barangan atau produk atau servis anda adalah 10 kali lebih penting. Sudah tentunya pengiklanan adalah alat bantuan pemasaran yang berkesan.

Tanpa iklan, tiada siapa yang tahu dan kenal siapa anda, barangan anda, maka adalah sangat , penting untuk untuk anda beritahu tahu kepada semua orang. Beri tahu dan terus beritahu. Siapa anda, Apa anda buat, Apa anda jual, Apa nilai barang atau servis anda sehingga orang perlu “pandang” anda.
Jadi disini ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan di sini mengenai tips iklan yang berkesan, ringkas, mampat dan padat. (Iklan online)

1. Kurangkan tulis/promosi syarikat berbanding pelanggan, orang yang baca takkan kisah pun apa kelebihan bila kita tulis berates berjela-jela tawaran produk yang kita nak jual. Mereka takkan kisah, melainkan jika iklan kita ada kaitan dengan kepentingan mereka.
Contoh . Produk Air AJAIB menawarkan:

- Cegah keletihan.
- Membuang toksik dalam darah
- Mengawal aras gula yang tinggi dalam badan
- Mengurang risiko sakit jantung.

Iklan di atas tidak salah, tetapi ia akan kelihatan SAMA dengan produk lain, yang menAwarkan seribu kelebihan, akhirnya pelanggan akan terus scroll fb iklan kita ke bawah. Sebab mereka lihat sama sahaja. Tiada beza dengan iklan yang lain

2. Pastikan Headline (tajuk) kita rare, dan sensasi.
Untuk tajuk dan pendahuluan, pastikan ia sensai dan menarik minat pelanggan, kalau kita buat berita, jika kita letakkan tajuk “seorang lelaki digigit anjing,” itu biasa sahaja, tetapi jika ada tajuk “Seekor anjing digigit seorang lelaki”, itu baru  berita rare dan sensasi, begitulah perumpamaannya.
PEMBACA  MEMBACA IKLAN MELALUI TAJUK, DAN PERENGGAN PERTAMA SAHAJA. MEREKA TIDAK BACA IKLAN ANDA SAMPAI HABIS, PERCAYALAH.

3. Headline (Tajuk) juga mesti menarik minat sasaran pembeli.
Contoh jika kita jual produk pencegahan kencing manis, pastikan permulaan iklan anda menarik dan “dekat” dengan emosi sasaran pembeli:
Contohnya: “Murung sebab ada sakit kencing manis?”, “ penyakit kencing manis anda baru dikesan dokter?”

4. Tingkatkan rasa ingin tahu pembeli, 
Bila STEP UNTUK MENANGKAP EMOSI  berjaya, baru buka sikit pasal produk, gunakanlah ayat yang ringkas tanpa penerangan panjang lebar. Tambahkan juga kelebihan lain yang dekat dengan kebiasaan kehendak pengguna seperti pulangan untuk perbelanjaan mereka (berbaloi atau tidak), kualiti barang, dan seumpama dengannya.:

5. Pastikan pelanggan bertindak, penting untuk anda  buat closing dengan meletakkan contact anda, bermula dengan nama anda disertakan dengan fb, wasap, dan juga no telefon anda.

Nota tambahan:

1. Jangan menipu dalam memberikan maklumat produk anda.
2. Ayat yang terlalu formal dan skema akan mengurangkan daya tarikan iklan anda. Cuba tengok produk yang tengah naik sekarang, macam qu puteh, d herbs, ayat derang mana ada skema.
3. Tidak perlu pecahkan kepala otak untuk buat ayat terlalu bombastic, yang penting dalam iklan online ini adalah konsisten buat iklan, walaupun iklan itu ayat biasa dan Nampak macam berulang, pesanan orang yang telah berjaya dalam bisnes, teruskan buat iklan, “six, until stick”, buat iklan enam kali (maksudnya berulang dan banyak kali, sampai maklumat yang ingin disampaikan itu melekat ke otak pembaca).
4. Membuat perbandingan ringkas melalui contoh dan situasi juga merupakan satu kaedah pengiklanan yang bijak.( Contohnya bandingkan orang yang ada perlindungan takaful dengan orang tak buat langsung takaful. Bandingkan apabila situasi mereka berdua apabila menghadapi kemalangan.)

Itu sahaja perkongsian tips untuk buat iklan secara online, boleh aplikasi melalui penulisan di Fb, Wasap, Insta, atau mana-mana ruang maya yang lain. Pastikan iklan korang rare, sebab korang sekarang akan bersaing dengan berjuta produk lain, dalam ruangan yang sama.
 Selamat mencuba!.

No comments:

Post a Comment