Wednesday, July 22, 2015

Kerana Kucing Jiran Sanggup Membuat Laporan Majlis Perbandaran


Biasa kita dengar ungkapan, "Jangan kerana ikan goreng seekor, kucing kene flying kick". Kali ini lain ceritanya, kerana kucing Majlis Perbandaran menyerbu rumah pemiliknya akibat dari laporan yang dibuat oleh Jirannya sendiri. Tidak tahu apa puncanya, akan tetapi pada aku hal-hal remeh temeh seperti ni sebaiknya di bawa berbincang dahulu sebelum mengheret pihak berkuasa di dalam hal-hal kejiranan.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri sayangkan kucing. Bagi pemilik kucing pula, kebersihan kawasan rumah haruslah dijaga. Jangan sampai niat suci murni kita membela kucing itu akhirnya menyusahkan jiran tetangga. Akhir kata dari kami di Karipap Media, "Sayangilah kucing dan jiran anda".

No comments:

Post a Comment