Thursday, July 23, 2015

10 Tempat Wajib Sampai Sebelum Mati



"Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did do,” Mark Twain once mused" -Mark Twain-


Hidup ini umpama sebuah buku. Sesiapa yang tidak mengembara, umpama membaca muka hadapan buku sahaja. Di sini aku senaraikan TOP TEN (10) tempat-tempat yang wajib korang lawati sebelum mati.

10. The Grand Canyon




The Grand Canyon merupakan "The Greatest Natural Wonder" terletak di Arizona, US. Di kawasan ini terdapat sungai mengalir sepanjang 277 batu, lebarnya mencecah 18 batu dan kedalaman sungai kira-kira 1 batu. Sesiapa yang tak reti berenang tu, jangan berhajat la nak bermandi manda dalam sungai ni. Kawasan ini sangat popular untuk aktiviti-aktiviti luar seperti Trekking, ATV dan sebagainya. Tapi korang kene tahu, ramai juga pengunjung sesat di kawasan ni. Sesiapa yang pernah menonton Movie "127 Hours" pastinya insaf untuk tidak menjalankan aktiviti trekking di Grand Canyon secara berseorangan.

9. Angkor Wat




Angkor Wat merupakan tarikan terbesar di Siem Reap, Cambodia. Apakah sebenarnya Angkor Wat ini? Sebenarnya Angkor Wat merupakan kompleks kuil dan monumen keagamaan yang terbesar di dunia. Pada awal pembinaanya, Angkor Wat adalah Kuil Hindu ketika empayar Khmer. Akan tetapi, secara perlahan bertukar kepada kuil Buddha pada abad ke 12. Kini, Angkor Wat tidak lagi digunakan sebagai tempat untuk beribadah bagi orang Buddha, ia telah sepenuhnya bertukar kepada tarikan pelancong dan juga diisytiharkan sebagai "UNESCO World Heritage"

8. Petra, Jordan



Petra merupakan salah satu UNESCO World Heritage Site yang terletak di Jordan. Petra telah diukir pada 2000 tahun dahulu oleh puak nomad berbangsa Arab yang digelar Nabataens. 

7. Iguazu Falls


Air Terjun Iguazu ini merupakan tarikan pelancong yang sangat terkenal di Taman Negara Iguazu, Argentina. Air terjun ini dikongsi oleh Brazil dan Argentina. Terdapat dua lapangan terbang berdekatan iaitu Lapangan Terbang Cataratas del Iguazú International Airport dan Brazilian Foz do Iguaçu International Airport. Iguazu Falls ini boleh masuk melalui dua bandar iaitu Bandar Puerto Iguazu di Argentina dan Foz Do Iguacu di Brazil.

6. Quintana Roo, Mexico (Chicen Itza)


Piramid berumur 1500 tahun ini terletak 75km dari Bandar Merida. Walaupun tidak sepopular Piramid Giza di egypt, akan tetapi ia mempunyai tarikan dan sejarahnya tersendiri yang unik. Tarikan utama di kawasan Mayan Site Heritage ini adalah El-Castillo, piramid seluas 78 kaki dan merangkumi 91 anak tangga. Pada musim panas, pengunjung dinasihatkan untuk melawat kawasan ini pada awal pagi atau waktu petang dek kerana cuacanya yang panas terik.

5. Piramid Giza, Mesir


Sepertimana Stonehenge di UK, pembinaan Piramid Giza juga diselubungi misteri yang tidak dpt dijawab sepenuhnya. Ini kerana pembinaannya dijalankan ketika teknologi manusia baru sahaja di peringkat akar umbi. Piramid Giza telah dibina pada 2560 sebelum masihi.

4. Galapagos Island, Amerika Selatan




Merupakan tarikan terkenal di Amerika Selatan, kawasan ini kali pertama di jejaki oleh Charles Darwin pada tahun 1835. Dahulu pernah menjadi markas lanun dan penjara, kini Galapagos Island sangat terkenal dikalangan pelancong kerana keindahan muka bumi, flora dan fauna ditawarkan di pulau ini. Terdapat pelbagai spesis haiwan rare disini seperti Galapagos Giant Tortoise dan Marine Iguana.

3. Machu Pichu, Peru


Terletak 8000 kaki dari aras laut, berumur mencecah 500 tahun, Machu Pichu pada awalnya merupakan kampung halaman kepada puak Incas. Terdapat dua cara untuk sampai ke Machu Pichu sama ada menaiki kereta api ataupun "hiking". Kalau anda rasa "adventurous", semestinya mendaki lebih berbaloi setelah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk sampai ke Peru.

2. Tembok Besar Cina, Beijing


Beribu-ribu batu panjangnya, merentasi 156 negeri, sebanyak 7062 buah "Watching Tower", Tembok Besar Cina merupakan tembok terpanjang didunia yang pernah dibina. Pembinaanya bermula 2000 tahun dahulu bagi menghalang kemaraan tentera penceroboh dari utara. Demi mempertahankan negara, pembinaan tembok ini telah membunuh ribuan pekerja buruh paksa pada zaman itu.

1. Masjidil Haram, Arab Saudi


Masjidil Haram bukanlah kawasan pelancongan akan tetapi tempat beribadah bagi umat islam seluruh dunia. Setiap umat islam pastinya menanam cita-cita untuk melihat Kaabah iaitu kiblat umat Islam seantero dunia. Masjid ini merupakan tujuan utama dalam ibadah haji. Masjid ini dibangun mengelilingi kaabah dan juga merupakan masjid terbesar di dunia. 




No comments:

Post a Comment